SMK TTDI Jaya

Sejarah Sekolah PDF  | Print |
Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya atau ringkasnya SMK TTDI Jaya merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan harian terletak di atas sebidang tanah seluas 10 ekar di Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor.

Sekolah ini mula beroperasi pada 23 Disember 2000 dengan menumpang bangunan dan beroperasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Jalan Wau 11/1, Shah Alam , Selangor iaitu pada sesi petang. Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Rasul Maideen b. Haja Maideen. Seramai 20 orang guru dan seorang kakitangan sokongan memulakan khidmat dengan bilangan murid 204 orang murid. Hanya sebuah kelas peralihan dan enam buah kelas tingkatan satu dibuka..

Warga sekolah seterusnya berpindah ke bangunan sendiri iaitu SMK TTDI Jaya pada 1 Jun 2001 di Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor. Terdapat 5 blok bangunan dan kemudahan asas yang lain. Sekolah ini telah banyak melahirkan murid yang cemerlang di bidang kurikulum dan kokurikulum.

Kumpulan pertama yang mengambil PMR di sekolah ini adalah pada tahun 2003 manakala kumpulan SPM yang pertama adalah pada tahun 2005. Kumpulan pertama yang mengambil STPM pula adalah pada tahun 2008. Sekolah juga telah memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) pengkhususan dalam Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara (MPPU) pada tahun 2005 dan Kelas Aliran Agama (KAA) bermula dari tingkatan 1 mulai tahun 2006. Pada bulan Januari tahun ini pula, sekolah telah membuka Kelas Rancangan Khas (KRK) untuk murid tingkatan 1.

Pada tanggal 1 Ogos 2010, telah berlaku pertukaran pengetua. Pengetua kedua SMK TTDI Jaya ialah Datin Aisah Binti Jaman. Beliau merupakan seorang Pengetua Cemerlang DG 54 (KUP). Sehingga 1 Januari 2011, jumlah murid sekolah ini ialah seramai 2168 orang. Kakitangan sekolah pula seramai 150 orang iaitu 13 orang kakitangan sokongan dan 128 orang kakitangan akademik manakala pentadbir pula seramai 9 orang. Diharapkan dengan kolaborasi terbaik ini dan komitmen murid, sekolah akan mencipta lebih banyak lagi kejayaan demi merealisasikan pendidikan yang cemerlang .
 

Maklumat Am


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/smkttdij/public_html/apps/v9/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 100

Pautan


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/smkttdij/public_html/apps/v9/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 100
You are here  : Home Profil Sekolah Sejarah Sekolah

Penafian

Kementerian Pelajaran Malaysia dan SMK TTDI Jaya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan dan maklumat yang dicapai dari laman web ini.